Home » , » Berita - Kanak-Kanak Hidup Selepas Dilanggar Kereta

Berita - Kanak-Kanak Hidup Selepas Dilanggar Kereta

Written By Pria Teruna on Wednesday, December 14, 2011 | 3:30 PM



China - Sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang disiarkan semalam di China menunjukkan usaha menyelamat seorang kanak-kanak perempuan yang dilanggar sebuah kereta. Rakaman CCTV menunjukkan kanak-kanak berusia lima tahun itu duduk di tengah sebatang jalan raya.

Ibu kanak-kanak itu cuba untuk memaksanya berjalan ke sebuah tadika tetapi anaknya itu enggan dan duduk di tengah-tengah jalan raya. Justeru, ibunya berjalan dengan meninggalkan kanak-kanak berkenaan.

Dia menganggap kanak-kanak itu akan mengikutinya. Namun, sebuah kereta berwarna hitam membelok dan bergerak ke arah kanak-kanak itu.Kereta tersebut kemudian melanggar kanak-kanak berkenaan. Ibu kanak-kanak itu dan pemandu kereta berkenaan serta orang ramai bergegas untuk menyelamatkan si mangsa.

Seramai 16 orang membantu untuk mengangkat kereta berkenaan bagi menyelamatkan kanak-kanak tersebut yang terperangkap di bawah kenderaan itu. Kanak-kanak itu dihantar ke sebuah hospital dan dilaporkan hanya mengalami cedera ringan. - Agensi

1 comments: