Home » , » Info - Jenis-jenis Perempuan Yang Tak Layak Dibuat Isteri

Info - Jenis-jenis Perempuan Yang Tak Layak Dibuat Isteri

Written By Pria Teruna on Sunday, December 18, 2011 | 2:03 AM



Seperti babi :
iaitu perempuan yang suka makan dan minum dan malas buat kerja .( Perempuan yang macam begini tak payah buat isteri )

Seperti anjing :
iaitu perempuan yang kasih pada suami ketika suami senang . ( Selalunya berlaku niat pada yang pertama-tama kahwin iaitu cari suami yang kaya.Bukan nak cari suami yang boleh membimbingkan agama , walau ia miskin .)

Seperti keldai :
iaitu perempuan yang malas apabila ia tak mahu buat apabila disuruh .(perempuan yang selalu ingkar perintah suami atau kedua ibu bapanya .)

Seperti ular :
iaitu suka berdendam dengan suami . (tak dapat apa yang diingini , suami pun disuruh tidur luar misalan .)

Seperti kala jengking :
iaitu suka berjalan singgah rumah orang untuk mengumpat . (inilah amalan yang digemari oleh perempuan .Ada juga perangai orang lelaki yang macam begini .)

Seperti tikus :
iaitu suka curi barang suami . (dengan mana ambil tanpa izin suami lagi-lagi kalau dapat suami yang kedekut)

Seperti singa :
iaitu suka bertengkar dengan suami . ( ini dasyat!!! nak bagi tahu orang yang dialah heroin Melayu yang terakhir .)

Seperti burung :
iaitu suka sangka buruk akan suami . ( suami pakai minyak wangi pun dia kata nak pergi menggatal .)

Seperti kambing :
iaitu jaga kepentingan keluarga . ( perempuan yang macam beginilah yang kita nak kena cari .)

0 comments:

Post a Comment