Home » , » Info - Senaman Banduan Jadi Sumber Rujukan

Info - Senaman Banduan Jadi Sumber Rujukan

Written By Pria Teruna on Wednesday, December 14, 2011 | 6:00 PM



Selalunya buku senaman akan menjadikan selebriti terkenal sebagai sumber rujukan, tetapi tidak bagi sebuah buku kesihatan yang ditulis menggunakan tips diperoleh daripada banduan di beberapa penjara Amerika Syarikat.



Buku bertajuk Felon Fitness itu dihasilkan peguam jenayah, William Kroger bersama pelatih persendirian, Trey Teufel dan mengajar pembaca bagaimana untuk mendapat badan tegap seperti banduan yang telah menjalani hukuman penjara 20 tahun, tanpa perlu membuat jenayah atau memasuki penjara.

Menurut Kroger, 50, idea itu timbul selepas dia melihat anak guamnya di penjara sentiasa berada dalam keadaan fizikal yang mengagumkan walaupun tiada alat senaman yang canggih disediakan di penjara.

Dia kemudian bekerjasama dengan Teufel untuk mereka beberapa rutin khusus berdasarkan cara senaman banduan yang tidak memerlukan alatan mahal, keahlian di gimnasium atau latihan khas.

Antara tips di dalam buku itu, yang turut dikongsi melalui laman sesawang YouTube, adalah bagaimana untuk membuat dumbell menggunakan beberapa naskhah majalah serta melakukan tekan tubi dengan lebih berkesan.

0 comments:

Post a Comment