Home » » Dibatalkan Penyertaan Ratu Cantik Kerana Bukan Original Perempuan

Dibatalkan Penyertaan Ratu Cantik Kerana Bukan Original Perempuan

Written By Pria Teruna on Tuesday, March 27, 2012 | 12:21 AM

Seorang calon ratu cantik telah dikeluarkan dari pertandingannya
apabila pihak penganjur mendapati beliau "dilahirkan sebagai seorang
lelaki".

Penganjur Pertandingan Ratu Cantik Kanada membatalkan penyertaan Jenna
Talackova apabila mereka mendapat tahu beliau telah menjalani
pembedahan untuk menjadi seorang wanita.

Calon transgender ini telah pun sampai ke peringkat akhir Miss
Vancouver ketika penyertaan itu dibatalkan.

Walaupun penganjur pertandingan ini dapat menggambarkan Talackova
sebagai 'seorang gadis asli', mereka tetap membatalkan penyertaannya
atas alasan peraturan yang menyatakan setiap peserta mestilah sejak
lahirnya adalah seorang perempuan.

Menurut Denis Davila, pengarah petandingan Ratu Cantik Kanada,
Talackova telah menulis di dalam borang penyertaannya bahawa beliau
lahir sebagai seorang wanita.

Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu, beliau kemudiannya bertanyakan
sendiri kepada Talackova dan akhirnya, beliau mengaku bahawa beliau
lahir sebagai seorang lelaki.

Walaupun beliau merayu, namun akibat dari pengakuannya pada waktu itu,
penyertaannya terus dibatalkan serta merta.

Talackova juga pernah masuk Tiffany Miss International Queen
Competition yang diadakan di Pattaya Thailand pada tahun 2010.
Pertandingan ini khas untuk 'gadis-gadis' sepertinya.

0 comments:

Post a Comment