Home » , » Video - Tarian Ghairah Shila Amzah di Konsert Mania

Video - Tarian Ghairah Shila Amzah di Konsert Mania

Written By Pria Teruna on Thursday, April 26, 2012 | 8:20 AM



Kontroversi terbaru Shila Amzah mengenai tarian ghairahnya dalam konsert rancangan realiti Mania minggu lalu, menjadi perbualan ramai. Aksi itu menimbulkan rasa kurang senang bagi segelintir pihak yang menyifatkan pelantun lagu Patah Seribu ini semakin berani tanpa memikirkan sensitiviti budaya di sini.

Tidak mudah melatah dengan kontroversi yang melandanya, buah hati aktor Shanaaz Ahmad, menganggap itu semua sebahagian dari lumrah yang harus dilalui semua selebriti. Menurut Shila Amzah, 20, dengan adanya sokongan kedua orang tuanya, dia tidak akan sesekali mudah menyerah kalah.


“Saya tidak terkejut, lagi pun perkara ini telah dimaklumkan kepada kedua orang tua saya. Bagi mereka perkara itu bukanlah satu masalah yang serius.

“Saya boleh menari mengikut rentak lagu yang dimainkan dan saya sudah biasa menari seperti itu. Pada saya ia tidaklah keterlaluan,” katanya yang memilih lagu Kau atau Aku, nyanyian Elyana, dalam konsert Mania yang kelima itu.

“Kini, saya dikritik gara-gara aksi menari saya di konsert Mania minggu lalu, saya harap perkara ini tidak dipanjangkan. Saya tahu, mungkin ramai yang tidak biasa melihat saya begitu, tetapi saya berterima kasih kepada semua yang mengambil berat terhadap perjalanan karier saya hari ini,” katanya tenang.

Shila turut memohon agar isu ini segera dihentikan. Pinta Shila, hati keluarganya harus dijaga.

“Apa yang mereka katakan boleh menyentuh hati dan perasaan orang tua kami. Saya sedar yang mengkritik ini bukan sahaja mereka yang sukakan saya, malah sebaliknya juga.

“Oleh sebab itu, saya menerima apa sahaja yang dikatakan dan mengambilnya sebagai satu iktibar. Walaupun ia negatif, tetapi saya pandangnya dengan cara positif,” katanya.

1 comments:

  1. Assalamualaikum....

    sokongan kedua orang tuanya?. bukanlah satu masalah yang serius?. eh..., kamu itu penganut agama apa dan bangsa apa?. Ini semua bukan cara orang Islam. Sudahlah tak pakai tudung, pakai pula baju yang tidak sesuai dan seluar yang ketat, boleh dikatakan tak senonoh.

    Dunia hiburan ini banyak yang melalaikan dari memberi kebaikkan... Bila dah terlalu lama negara dalam sistem pentadbiran yang diwarisi dari penjajah, maka inilah corak pemikiran yang dihasilkan... ibu bapa tidak kisah anak terkinja-kinja menari dan tidak menutup aurat... berpegang tangan lelaki perempuan Semuanya dikatakan "tak apa"...

    ReplyDelete