Home » , » Info - HAARP, Senjata Sulit Terbaru Ciptaan AS.

Info - HAARP, Senjata Sulit Terbaru Ciptaan AS.

Written By Pria Teruna on Thursday, May 10, 2012 | 10:31 AM




Kejadian yang membayangkan kewujudan HAARP.


Media AS pernah melaporkan mengenai seorang pakar dari Makmal Phillips Geophysis yang menjadi salah seorang individu yang terlibat dalam projek HAARP, pernah memberi kursus kepada pegawai tentera berhubung teknik mengubah cuaca.

Proses memanipulasi cuaca juga menjadi teknik serangan terbaik untuk dijadikan senjata serangan awal. Kaedah ini boleh mengakibatkan negara yang diserang mengalami kemusnahan ekonomi, ekosistem serta pertanian seperti yang dapat dilihat di Korea Utara dan Cuba.

Kononnya kemarau buruk pada pertengahan 1990-an dan diikuti pula dengan banjir di Korea Utara yang menyaksikan kemusnahan menyeluruh sistem pertanian negara itu adalah kesan dari HAARP.

Di Cuba pula, corak yang sama dapat dilihat. Di Iraq, Iran dan Syria, bencana kemarau buruk berlaku pada tahun 1999. Di Afghanistan, kemarau berpanjangan selama empat tahun diakhiri dengan penaklukan AS ke atas negara itu pada 1991

Presiden Venezuela Hugo Chavez menuduh AS menyebabkan gempa bumi yang melanda Haiti pada 12 Januari kelmarin. Menurut Chavez, gempa yang menggegarkan Haiti bukanlah gempa bumi biasa tetapi disebabkan oleh persenjataan milik AS akibat dari ujikaji  "senjata tektonik" yang dilakukan pihak AS.

Sesungguhnya, ramai saintis dan penganalisis ketenteraan serta pendukung teori konspirasi percaya senjata cuaca sudah wujud dan peperangannya dimulakan lama dulu. Ada yang mengatakan pertempuran di antara AS dan Russia dalam peperangan baru ini berlaku di muka bumi dan ruang angkasa saban hari.

Kajian mengenai HAARP.


Konspirasi senjata dan peperangan baru ini dinyatakan seorang saintis dan aktivis nuklear terkemuka, Dr Rosalie Bertell, dalam bukunya bertajuk Planet Earth: The Latest Weapon of War yang diterbitkan pada tahun 2000.

Dr Bertell dalam bukunya ada menjelaskan, gempa bumi didapati berinteraksi dengan ionosfera iaitu atmosfera di kedudukan hingga 600 kilometer dari permukaan bumi. Banyak gempa bumi yang berlaku sejak kebelakangan ini didahului dengan fenomena tertentu yang tidak dapat dijelaskan.

Antara contoh yang disebut oleh beliau ialah gempa bumi Tang Shan di China pada 28 Julai 1976, yang mengorbankan 650,000 nyawa berlaku selepas ruang angkasanya bercahaya. Fenomena pelik itu dipercayai akibat ujian gelombang ELF bagi memanaskan ionosfera yang dilakukan oleh Soviet Union.

Contoh lain ialah gempa bumi San Francisco pada 17 Oktober 1989. Dr Bertell berkata, gelombang ELF yang luar biasa dikesan di California pada 12 September tahun itu. Kekuatannya meningkat sedikit demi sedikit dan menurun pada 5 Oktober. Bagaimanapun, gelombang itu muncul kembali pada 17 Oktober dengan kekuatan luar biasa dan tiga jam kemudian gempa bumi itu berlaku.

Akhbar Washington Times pernah melaporkan pada Mac 1992 bahawa satelit dan peralatan deria di muka bumi mengesan gelombang radio misteri atau kegiatan elektrikal dan magnetik sebelum beberapa gempa bumi kuat di California, Armenia dan Jepun di antara 1986 hingga 1989.

Gempa bumi yang menggegarkan Los Angeles pada 17 Januari 1994 turut didahului gelombang radio luar biasa dan dua letusan sonik.

“Kebetulan ini tidak mungkin dapat dijelaskan... kemungkinan besar gempa bumi berkenaan disebabkan kegiatan manusia, bukan faktor semula jadi,” kata Dr Bertell merumuskan penemuannya itu.

HAARP adalah sebuah projek penyiasatan yang bertujuan untuk "memahami, menstimulasi,dan mengawal proses ionospheric yang dapat mengubah tahap komunikasi dan menggunakan sistem pengawasan minda".

Bermula pada tahun 1992, project dijangka selesai dalam masa 20 tahun  (dijangka selesai tahun 2012).

Apa itu lonosphere?



Lonosphere adalah bahagian teratas dan terpenting dalam atmosfera bumi kita. Ionosphere sangat penting kerana dia menapis radiasi cahaya matahari agar tidak sampai ke bumi. Ionosphere berperanan dalam mengatur kadar kelistrikan dalam atmosfera dan membentuk teras dari tepi magnetosphere. Ionosphere juga memiliki kegunaan lain bagi manusia, iaitu mempengaruhi gelombang penyiaran radio jauh dari tempat-tempat yang ada di Bumi.

Dimanakah HAARP Berada? 





HAARP terletak di Alaska, Amerika Syarikat. Lebih tepat  berada di Gakona, Alaska (latitude:62.39,longitude:145,15) yang terletak di barat Taman Nasional Wrangell-Saint Elias. Kesan lingkungan yang disebabkan HAARP mencetuskan pernyataan izin untuk array hingga 180 antena yang akan didirikan. HAARP telah dibangun sebelumnya di situs instalasi radar yang bernama over-the-horizon.

Kewujudan senjata dan peperangan baru ini pernah dinyatakan oleh seorang saintis dan aktivis nuklear terkemuka, Dr Rosalie Bertell, dalam bukunya bertajuk Planet Earth: The Latest Weapon of War yang diterbitkan pada 2000.

Akhbar Washington Times pernah melaporkan pada Mac 1992 bahawa satelit dan peralatan deria di muka bumi mengesan gelombang radio misteri atau kegiatan elektrikal dan magnetik sebelum beberapa gempa bumi kuat di California, Armenia dan Jepun di antara 1986 hingga 1989.



Fungsi HAARP?



Tujuan dari program ini adalah untuk kemajuan dalam mempelajari kandungan fizik dan elektrik bumi yang dapat digunakan dalam memudahkan komunikasi ketenteraan.

Tapi selain itu, HAARP juga dapat mengatur cuaca melalui ionosphere, seperti membuat hujan, badai, tsunami, dan masih banyak yang belum diketahui...

Dapat Mengatur Cuaca

Dengan menentukan satu titik lokasi ionosphere yang akan dipanaskan, lalu tekanan yang berada di atmosfera juga akan naik. Jadi, tekanan yang terbentuk dikumpulkan di satu titik dan membentuk manipulasi jetstream (arus jet). Tapi HAARP ini belum sempurna dan masih dalam tahap pengujian (di seluruh dunia). Dicurigakan HAARP sudah dalam tahap beta pada tahun 2004, ini terbukti ketika batasan badai tornado yang terjadi dalam satu tahun dilanggar oleh ALAM. Jika satu tahun batas maksima badai hanya terjadi 4 kali, tahun 2004 terjadi sebanyak 6 kali.

Dapat Melindungi Dari Bahaya Nuklear

Teknologi HAARP dapat mengesan frekuensi signal rendah seperti pesawat dan missile melalui udara. HARP juga disokong oleh Radar Cakrawala atau Over The Horizon Radar, iaitu radar yang mencakupi seluruh dunia kerana penghubungnya adalah atmosfera. Tidak dapat diragukan lagi ketepatan dari radar HAARP tersebut. Malah, setiap lokasi setiap daerah di bumi dapat diketahui dengan jelas, lebih baik dari satelit kerana HAARP masih berada di bawah atmosfera.

Itu sedikit info mengenai HAARP. Adakah senjata itu benar-benar wujud atau hanya satu perancangan yang diatur dengan cukup teliti bagi membayangkan US mempunyai senjata yang cukup hebat sekaligus meletakkan mereka sebagai kuasa yang cukup besar untuk menguasai ekonomi dan sistem dunia? Atau adakah ianya wujud tetapi kesannya tidak lah sehebat yang diwar-warkan, ataupun ia sememangnya wujud dan masih lagi dibangunkan secara sulit? Dan jika ia benar-benar wujud, bermakna kita bakal menghadapi krisis yang cukup sulit, ada yang mengaitkannya dengan freemason, iluminiti dan sistem ciptaan dajal. Apa pun tindakan dan kajian secara terperinci perlu dilakukan oleh pihak yang sepatutnya untuk mengesahkan kewujudan senjata HAARP ini.

Sumber


1 comments:

  1. Dajal kalu siapa ikutnya aka d turunkan hujan negeri itu kalu tak kemarau. bukan kah dah d critakan nabi .

    ReplyDelete