Home » , » Info - Samsung Galaxy 3 (S3) Telah Dilancarkan

Info - Samsung Galaxy 3 (S3) Telah Dilancarkan

Written By Pria Teruna on Friday, May 4, 2012 | 10:32 AM



LONDON: Samsung Electronics hari ini mengumumkan telefon pintar terbaru pada majlis pelancarannya di London bagi mengukuhkan kedudukan syarikat itu sebagai pengeluar telefon mudah alih terlaris di dunia.

Galaxy S3 menawarkan skrin bersaiz 4.8 inci (12.2 sentimeter) iaitu 22 peratus lebih besar daripada telefon pintar paling popular sebelum ini, Galaxy S2 yang membantu syarikat berkenaan memintas Nokia sebagai peneraju dunia.

Menurut Samsung, walaupun mempunyai skrin lebih besar namun saiznya tidak terlalu besar berbanding model sebelumnya kerana rangkanya lebih kecil.
Ciri baru lain yang diketengahkan adalah kamera pintar yang menggunakan teknologi pengecaman muka dan kawalan pengaktifan suara yang dipertingkatkan

Model baru itu juga menggunakan sistem operasi Android dan prestasinya dalam pasaran dilihat sebagai pendorong kepada kejayaan sistem berasaskan Linux itu. - AFP

Sumber : Berita Harian

0 comments:

Post a Comment