Home » , » [Gambar]: Bangsa Manusia Baru Ditemui

[Gambar]: Bangsa Manusia Baru Ditemui

Written By Pria Teruna on Monday, September 3, 2012 | 8:37 AM


Baru-baru ini, terdapat sejenis fosil manusia telah ditemui di utara Kenya yang mendedahkan bahawa terdapat satu bangsa manusia baru telah dijumpai. Para saintis menyatakan, kurang daripada 2 juta tahun yang lalu, telah wujud satu spesies manusia baru yang sebelum ini tidak pernah diketahui.

Hasil kajian penemuan terbabit telah membuktikan bahawa pada masa yang sama terdapat 3 jenis golongan manusia yang berbeza telah wujud bersama di Afrika dan menyangkal sama sekali teori yang mengatakan manusia zaman sekarang wujud daripada evolusi primat.

Ahli-ahli antropologi mendapati 3 fosil tengkorak manusia, tulang muka dan rahang berserta gigi dianggarkan berusia kira-kira 1.7 juta dan 1.9 juta tahun lamanya. Penemuan ini mengesahkan teori bahawa wujud satu bangsa manusia yang dikenali sebagai Homo Rudolfensis, iaitu sejenis bangsa manusia yang mempunyai otak yang agak besar dan panjang serta bermuka rata.

Dalam tempoh masa 40 tahun yang lalu, mereka hanya mempunyai satu sampel fosil tengkorak berkaitan bangsa manusia baru itu, namun kini, mereka mempunyai lebih banyak dari itu.

Terima kasih kepada penemuan itu, kini para saintis boleh membuat kesimpulan dengan lebih yakin bahawa Homo Rudolfensis merupakan spesies asing manusia yang benar-benar telah wujud bersama dengan bangsa manusia yang lain yang dikenali kira-kira 2 juta tahun lampau.


2 comments:

  1. memang byk perubahan yang berlaku dari zaman dulu2

    ReplyDelete
  2. salam jemput singgah sini pingje.org dan pingkan artikel2 menarik anda dan terima traffik percuma.jgn lupa kopy/paste banner pingje.org utk menerima backlink percuma serta berpeluang tersenarai yop 20 di sidebar pingje.org... :)

    ReplyDelete