“Nakal Lah Mommy To Be Ni,”-Tidak Dengar Nasihat Doktor, Peminat Kata Anzalna Nasir Nakal

Pelakon Anzalna Nasir kini sedang sarat mengandung dan meniti hari untuk melahirkan permata hati sulungnya itu.

Baru-baru ini, Anzalna telah memuat naik beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.

Kongsi pelakon yang berusia 31 tahun itu, dia telah menghadari majlis pertunjukkan fesyen meski dia kini sarat mengandung.

“Doctor advised me to get enough rest. Hi doc, I’m at Jimmy Choo’s event! Ok last last before puasa! #JimmyChoo #JimmyChooKL @jimmychoo”tulisnya.

Lantas, kata-kata yang ditulis Anzalna telah menjadi perhatian peminat.

Rata-rata peminat berasa terhibur dengan kapsyen finalis Dewi Remaja ini.

Di samping itu, peminat turut menasihati Anzalna agar mendapatkan rehat yang cukup sebelum bersalin.

Foto : Instagram Anzalna Nasir

“Jangan Pernah Tanya Bila Nak Dapat Anak”- Ini Punca ‘Am4ran’ Anzalna Nasir!

Pelakon Anzalna Nasir memberikan ‘am4ran’ supaya orang ramai tidak bertanyakan mengenai perihal anak kepada pasangan yang sudah berkahwin

Menurut Anzalna, bukanlah tugas manusia untuk mengatur atau mempersoalkan kehidupan pasangan berkahwin yang lain.

Tambah bintang drama bersiri Memori Cinta Suraya ini, sepatutnya semua pihak perlu menghormati perasaan pasangan berkahwin dan hanya mendoakan yang terbaik.

“Never ever question a married couple about having a baby. Some people do family planning and some dont. We never know.

“ It is not our job to question others marriage life. We must respect people’s feelings. Just doa and wish them all the best.

“Anzalna doakan semua pasangan di luar sana dikurniakan cahaya mata. Yang penting kita berusaha, berdoa dan tawakal.

“Bukanlah kerja manusia untuk menentukan kehidupan kita. Ini semua rezeki dari Allah. Paling penting kita bahagia,” tulisnya.

Anzalna yang kini hamil dalam trimester ketiga berkongsi luahan perasaan tersebut di akaun Instagram miliknya.

Rata-rata pengikutnya bersetuju dengan pendapat Anzalna dan berharap lebih ramai memahaminya.

Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki pada 21 Februari 2016.

Sumber : Gempak

Akhirnya, Anzalna Nasir Akan Dedah Jantina Anak..

Pelakon Anzalna Nasir yang kini dalam keadaan berbadan dua, mendedahkan bahawa dia dan suaminya Hanif, sudah mengetahui akan perihal jantina bakal anak sulung mereka.

Bagaimanapun Anzalna dan suami tidak lagi mendedahkan lagi status jantina bayi mereka kerana, mereka berdua mahukan kejutan buat keluarga serta peminat.

“Saya dah tahu jantina anak yang dikandung. Setakat ini hanya saya dan suami sahaja yang tahu. Ibu bapa dan adik-beradik saya pun saya tak beritahu lagi. Bukan apa, saya sebenarnya suka nak beri kejutan dan nak tengok reaksi mereka bila saya beritahu nanti.

“InsyaAllah, saya akan dedahkan jantina anak pada kenduri doa selamat yang akan diadakan nanti,” katanya yang ditemui majlis perlantikannya sebagai duta produk kecantikan herba NR yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini

Selain itu, di sepanjang kehamilannya juga, Anzalna berkata dia kini semakin suka untuk menghias diri seperti memakai bulu mata palsu.

“Kalau dulu saya seorang yang simple dalam bergaya tapi sejak hamil, saya semakin suka pakai bulu mata palsu bila pergi mana-mana majlis.

“Selain daripada suka berhias, sejak berbadan dua pun saya jadi semakin terlebih rajin. Terlebih rajin nak pergi majlis-majlis hiburan sedangkan suami dah pesan banyakkan berehat,” ujarnya lagi.

Sumber : Rotikaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Khalifah Media

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber  : MH via khalifahmedia

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*