Usia bukan penghalang Nana kahwin lelaki muda

PENYANYI, Siti Nordiana tidak dapat menepis takdir seandainya dijodohkan bersama penyanyi kesayangan ramai, Khai Bahar.

Menurut Siti Nordiana Alias atau lebih dikenali Nana, peminat suka melihat apabila mereka rapat apatah lagi jika bersatu hingga ke jannah.

“Peminat ini… memang suka nak menjodohkan dengan artis yang mereka suka.

“Jadi perkara seperti itu saya memang tak boleh nak halang. Saya dengan Khai dah kenal lama sejak dari zaman dia suka smule lagi, malah show bersama.

“Hubungan kami memang baik tetapi tidak lebih daripada sebagai kawan. Tapi kalau dah dijodohkan dengan dia saya tak boleh nak buat apalah,” katanya tersenyum.

Walaupun berbeza sembilan tahun lebih berusia, Nana, 34, tidak menolak jika itu sudah ketentuan-Nya.

“Bagaimanapun, usia itu bukan penghalang. Meski jarak usia jauh berbeza boleh sahaja berkahwin.

“Apa pun ini semua kuasa Tuhan, kalau dah takdir dengan orang muda saya terima sahaja,” jelasnya kepada Sinar Harian.

Siti Nordiana tidak pernah menyembunyikan kewujudan anak bekas arw4h suami, 4llahyarham Mohd Faizal Mohd Yusop iaitu Muhammad Raqqim Fyzal, 8, kepada anaknya, Muhammad Rayyan Nakhaie, 11.

Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, 35, berkata, sejak kelahiran Raqqim dia sudah berkongsi perkara itu dan gembira hubungan kedua mereka akrab hingga sekarang.

Selain itu, Siti Nordiana juga dikatakan rapat dengan seorang penyanyi lelaki iaitu Khai Bahar.

Keserasian paduan suara bersama telah membuatkan penyanyi Siti Nordiana memilih Khai Bahar untuk berduet dalam single terbaharunya.

Siti Nordiana berkata idea untuk berduet bersama Khai Bahar muncul selepas nyanyiannya bersama Khai Bahar dalam aplikasi Smule mendapat sambutan peminat.

“Saya perasan setiap kali kami berduet bersama dalam Smule, orang luar serta peminat pasti suka dan video nyanyian kami dalam YouTube pun mendapat banyak jumlah tontonan.

“Kini saya nak realisasikan impian peminat yang mahu lihat kami berduet dalam versi lagu baru pula.

“Saya pun suka bila akhirnya dapat juga kami berduet dalam lagu baru kerana saya dapati kami serasi dalam setiap lagu yang kami nyanyikan,” katanya.

Terbaru, Siti Nordiana telah memuatnaik satu foto di laman Instagramnya yang menunjukkan dirinya dan Khai Bahar berada di sebuah tempat makan.

Kapsyen dari Siti Nordiana buat ramai pengikutnya ‘tidak senang duduk’.

Sorry @khaibahar94 ! Benda lain bole share tapi pavlova ni x boleh k 🤪

Antara komen peminat.

Halah halah nak nangis rasa…

Khai tengok pavlova ke tengok Nana…

Swetnye Khai dengan Kak Nana…

 

Apapun, kami doakan semoga mereka terus sukses dalam bidang yang diceburi, kalau ada jodoh apa salahnya ye hihi…

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Khalifah Media

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber  : Sinar Harian via khalifahmedia

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*