Kulit Segar Dengan Masker Oat, Bakal Pengantin Yang Penat Bekerja Boleh Cuba.

Bila dah jadi mak-mak ni, memang tak dapat lari daripada rasa letih. Seharian menguruskan keluarga bukan tugas yang mudah. Rasa tak bermaya, sak1t badan, muka pun tak ceria. Kadang-kadang kepenatan tu terpancar jelas pada wajah.

Apa kata kita cuba buat masker mudah yang dikongsikan oleh Puan Yanie Rosdi ni supaya dapat segarkan muka dan sekaligus kembalikan rasa ceria.

 

CARA BUAT MASKER 3 BAHAN UNTUK KULIT BERMINYAK

Katanya, mungkin jarang orang buat masker macam ni. Tapi sebenarnya kalau diamalkan ia sangat berkesan. Kalau tak percaya cuba buat sebelah muka dan tengok perbezaannya nanti. Caranya mudah saja, bahan pun biasa ada dekat rumah.

BAHAN-BAHAN

  1. Oat
  2. Putih telur
  3. Lemon (optional)

Oatmeal ni selain baik untuk jantung dan menyerap minyak atau kolesterol berlebihan, ia juga bagus untuk mengurangkan minyak di wajah. Telur pula berfungsi untuk mengecilkan pori-pori di wajah sehingga mengurangi pengeluaran minyak yang berlebihan.

Campuran kedua-dua bahan ini boleh dijadikan rawatan kulit berminyak di rumah yang sangat mudah. Sedikit titisan lemon pula memberi aroma yang wangi dan menyenangkan!

CARA-CARA

1. CAMPUR BAHAN

Cara nak buat masker ni senang je. Mula-mula, campur dan gaulkan semua bahan sehingga membentuk pes. Lemon tu optional, untuk wangikan dan tambah kesegaran. Kalau tak ada pun tak apa.

2. SAPUKAN PADA MUKA

Kemudian, oleskan pada bahagian muka dengan rata. Muka akan terasa sejuk je.

3. BIARKAN SEKEJAP

Selepas itu, biarkan selama sekurang-kurangnya 30-45 minit atau sehingga kering. Seeloknya buat masa nak tidur, senang sikit tak perlu nak bergerak-gerak.

4. BILAS

Akhir sekali, bilaslah dengan air suam. Muka anda akan terasa lebih segar, bersih, bebas minyak dan makin berseri walaupun dengan solekan yang paling minima. Yalah, kita yang ada anak 4 orang ni kadang-kadang mana sempat nak make up setiap kali keluar, kan?

JOM CUBA!

Mudah kan? Cuma nak kena rajin sikit ambil masa untuk manjakan kulit muka kita. Dah seharian suntuk sibuk dengan kerja, sesekali buat masa nak tidur pun apa salahnya kan. Yang penting ianya mudah, jimat dan berkesan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: PesonaPengantin

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*