Wanita Paling Subur Di Dunia, Lahirkan Dan Membesarkan 44 Orang Anak Seorang Diri Di Usia 36 Tahun

Seorang wanita yang dinobatkan sebagai wanita paling subur di dunia ini telah melahirkan 44 orang anak dan kini perlu membesarkannya seorang diri.

Mariam Nabatanzi dilaporkan telah melahirkan sejumlah besar anak ketika umurnya baru mencecah 36 tahun, kesemuanya dengan suami yang sama.

Gambar: Surya – Tribunnews.com

Mariam yang kini berusia 39 tahun, telah mempunyai tiga pasang anak kembar empat, empat pasang kembar tiga dan enam pasang kembar dua.

Malangnya, suaminya itu telah meningg4lkannya tiga tahun lalu dan dia kini terpaksa menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan suaminya itu untuk menjaga kesemua anak-anaknya seorang diri.

Mariam, yang berasal dari Uganda, berkahwin dengan suaminya yang berusia 40 tahun ketika itu semasa dia masih berumur 12 tahun.

Setahun selepas berkahwin dengan suaminya, dia telah dikurniakan sepasang anak kembar hasil daripada perkahwinannya itu.

Kehidupan Mariam yang serba kekurangan serta terhimpit dengan kemiskinan itu telah memaksa kesemua anak-anaknya serta dirinya tinggal di empat buah rumah yang sempit dibina menggunakan batu bata dan hanya berbumbungkan atap besi sahaja.

Gambar: The Mirror

Selepas pasangan kembar pertamanya dilahirkan, Mariam telah berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Doktor tersebut telah memberitahunya bahawa dia memiliki saiz rahim yang luar biasa.

Doktor tersebut menasihatkannya bahawa pengambilan p11il per4ncang keh4milan boleh memudaratkan kesihatannya. Disebabkan dia tidak digalakkan untuk mengambil p11il per4ncang, dia tidak dapat merancang kehamilannya. Kesan daripada itu, dia telah melahirkan anak yang ramai.

Bilangan ahli keluarga yang ramai merupakan suatu kebiasaan yang terdapat di Afrika dengan nisbah kelahiran sebanyak 5.6 anak secara purata telah direkodkan. Menurut bank dunia, nilai yang telah direkodkan itu merupakan salah satu kadar yang tertinggi dicatatkan di benua itu.

Keluarga Mariam tergolong sebagai salah satu keluarga yang dianggap besar di Uganda.

Semasa Mariam berusia 23 tahun, dia telah memiliki 25 orang anak, sedar akan ketidakmampuannya dalam menanggung anak yang ramai, dia telah kembali merujuk kepada doktornya untuk mendapatkan bantuan dalam usaha untuk mengekang daripada melahirkan anak lagi.

Gambar: SON TV

Pada dua tahun lalu, Mariam telah disahkan mengalami komplikasi semasa kehamilan terakhirnya.

Dia telah berjaya melahirkan enam pasang kembar dua, malangnya, salah seorang daripada kembar itu dilaporkan telah meningg4l dunia ketika dia melahirkannya.

Selepas daripada itu, suaminya itu bertindak meninggalkannya di saat dia sedang memerlukan kudrat seorang lelaki untuk membantunya menggalas tanggungjawab dalam menanggung dan membesarkan anak-anaknya yang ramai itu.

Menurut Mariam, dia bersumpah bahawa dia tidak akan pernah lupa perbuatan yang tidak bertanggungjawab dilakukan suaminya itu.

Mariam berkata: “Saya sudah lali dengan kesedihan, bekas suami saya telah meninggalkan kesan kesengsaraan yang teruk terhadap saya.

“Kini saya banyak menghabiskan masa dengan berkerja untuk mendapatkan duit bagi menanggung anak-anak saya.”

Disebabkan bilangan anak yang ramai perlu ditanggungnya seorang diri, dia sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk menjana duit bagi menanggung anak-anaknya itu.

Mariam kini bekerja sebagai pendandan rambut dan penggubah majlis.

Selain daripada itu, Mariam turut mengumpul dan menjual besi buruk, membuat bir serta menjual herba demi mendapatkan wang kerana gaji yang diperolehinya melalui kerja yang dilakukannya tidak mencukupi bagi menyara keluarganya yang besar itu.

Kebanyakan daripada gajinya dibelanjakan untuk membeli makanan, perubatan, pakaian serta yuran sekolah anaknya.

Gambar: Metro

Di atas dinding yang kotor di dalam satu bilik di rumahnya itu, tergantung beberapa potret yang membanggakannya menunjukkan beberapa orang anaknya yang telah berjaya menamatkan persekolahan.

Anak sulungnya, Ivan Kibuka, terpaksa berhenti daripada persekolahan bagi menolong meringankan beban yang ditanggung ibunya itu seorang diri.

Ivan Kibuka, 23, berkata: “Saya berasa kasihan akannya, kerja-kerja yang dibuatnya seorang diri cukup membebankannya, kami cuba membantu apa yang kami mampu, seperti memasak dan mencuci, walau bagaimanapun dia masih terbeban kerana dia masih bertanggungjawab untuk menjaga keluarga ini. Saya faham akan perasaannya.”

Gambar: Alamy Stock Photo

Semenjak dari kecil lagi, Mariam tidak mempunyai ibu sebagai tempat untuknya bermanja kerana ibunya itu bertindak meninggalkan keluarganya. Dia telah dibesarkan oleh ayahnya bersama dengan lima orang adik beradiknya yang lain.

Selepas bapanya berkahwin semula, ibu tirinya itu bertindak mer4cuni lima orang adik beradiknya itu dengan kaca yang dihancurkan lalu dicampurkan ke dalam makanan mereka.

Adik beradiknya itu dilaporkan meningg4l dunia susulan daripada kejadian itu. Ketika kejadian, dia terselamat kerana dia berada di rumah saudaranya.

Menurut Mariam, dia berjaya melepaskan diri kerana dia sedang melawat saudaranya ketika itu.

Dia menambah: “Saya baru sahaja berusia tujuh tahun ketika itu, terlalu muda untuk saya memahami apa yang dimaksudkan dengan kem4-tian.

“Saya dikhabarkan tentang berita sedih itu melalui saudara mara saya.”

Tragedi menyedihkan yang telah melanda dirinya itu membuatkannya berhasrat untuk memiliki sebuah keluarga yang besar, walaupun pada asalnya dia hanya merancang untuk memiliki enam orang anak sahaja.

Menyediakan rumah untuk 38 orang anak seorang diri bukanlah sesuatu yang mudah untuknya.

Sebilangan 12 daripada anak-anaknya itu tidur di atas katil logam dengan beralaskan tilam nipis di dalam satu bilik yang kecil dengan berlindungkan dinding yang berdebu.

Gambar: ABC

Di dalam bilik yang berlainan, ada yang tidur berkongsikan tilam manakala ada yang hanya tidur di atas lantai sahaja.

Anak-anak yang lebih tua akan membantu menjaga anak-anak yang lebih muda dan selebihnya akan membantu melakukan tugas-tugas di rumah seperti memasak dan lain-lain lagi.

Dalam sehari, mereka memerlukan 25 kilogram tepung jagung sebagai sumber makanan harian, kata Mariam. Ikan atau daging adalah hidangan yang jarang-jarang sekali dinikmati oleh mereka.

Satu jadual yang ditentukan oleh Mariam akan digantung di dinding rumahnya bagi membahagikan kerja-kerja rumah kepada anak-anaknya.

Gambar: The Mirror

“Pada hari sabtu, kami semua akan bekerjasama melakukan kerja-kerja rumah bersama-sama,” ujar Mariam.

Setelah melalui zaman yang sukar ketika dia masih kecil, harapannya untuk anak-anaknya itu hanyalah untuk melihat mereka bahagia sahaja.

“Saya mula menggalas tanggungjawab sebagai orang dewasa ketika saya masih kecil lagi”, katanya.

“Saya jarang merasa kegembiraan semenjak daripada saya lahir lagi.”

Sumber: Mirror via Siakapkeli

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*